Powered by Blogger.

Tuesday, 8 March 2016

Bos Kata Sedap!

Unknown     23:19    

Yesza.. bos kata sedap!
Itu antara part yang paling best bila bisnes Nasi Dagang Mak Ani mula menerima feedback yang positif dari pelanggan.
Takde ayat berbunga-bunga, tapi cukup sekadar SMS ringkas seperti ini..




Mampu membuatkan mak ayah aku senyum sampai ke telinga.
Ya lah..
Bilamana mereka sanggup bersengkang mata menyiapkan tempahan pagi-pagi buta, sedangkan orang lain diluar sana lena dibuai mimpi. Rasa berbaloi sangat dengan penat lelah mereka.
Alhamdulillah. Rezeki.
Harap-harapnya bisnes kecil-kecilan ini akan terus mendapat sambutan. Niat asal bukan nak buat bisnes untuk jadi kaya raya pun, tapi untuk dapatkan side income je supaya dapat tampung mana yang patut.
Barang dapur kan makin mahal. Uhuk.. uhukk!
p.s: Selain nasi dagang, minggu lepas ada syarikat call nak tempah “Laksam” untuk majlis keraian esok. Go.. go! Resipi pantai timur! Hehehe.

0 comments :

FAQ's

FAQ's

© 2011-2014 Kera Lembik. Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.